Apa Khabar?!! Selamat Hari Raya, 0=0!

Selamat datang! Seperti mana yang kita boleh lihat, kami baru aje siap tendang teranjang website ni dan kasi refresh the look sikit. Tak banyak berubah dari segi content, tapi banyak perubahan dalaman yang memungkinkan lebih banyak lagi perisian baru.

Dari segi berita-berita hangat taik ayam, kami masih lagi tak ada luang masa yang cukup untuk kemaskan rakaman album baru yang kami buat tempoh hari. Plannya nak tambah track saxophone untuk beberapa lagu yang telah dirakam dan seterusnya mixing, tapi dah hampir 4 bulan, masih lagi terbantut! Macam biasa!

Antara rencana terdekat:

1. Rakam lagi dua lagu untuk kompilasi yang diusahakan oleh Knot Records dan The Ricecooker Shop. Kami bercadang rakam lagu-lagu baru nih sebaik sahaja semua terlibat kembali berada di KL selepas raya.

2. Kami dijemput untuk bersama beberapa band lain meraikan konsert harijadi Paul Millot (towkey Paul’s Place) pada hari Sabtu 3hb November. Setakat ini nampaknya kami akan main, lagi pun dah lama tak naik stage.

Bercerita pasal raya, saya (Joe) akan balik ke Terengganu, Fendi akan ke Taiping, Alak ke Seremban dan Bullet mungkin balik ke Perlis atau Sarawak.

OK.

Selamat Hari Raya, boss!
0 = 0!
Have a good one!

BTW: do check out all these videos yang kami kumpulkan sebulan-dua lalu; sebuah koleksi videoklip kawan-kawan duduk jam lagu Boo Hoo dari seantero Bolehsia. Terima kasih kepada semua yang terlibat!

go here: Boo Hoo Revisited!

Joe Kidd

OLD BASTARD!

You may also like...

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.