The Abang Guard in the studio!
Projek sambilan Joe & Bullet, The Abang Guard, akan masuk studio hari ni (Khamis, 16hb Oktober 2008) untuk rakaman lebih-kurang 8 lagu-lagu yang akan dimuatkan sebagai soundtrack dokumentari kedua Fahmi Reza, Revolusi ’48.
Antara mereka yang akan bersama kami adalah pemain gitar Tom Bollocks (Carburetor Dung / The Bollocks) dan bassist Seed (Skullcrusher / Defeat / Skitsofrenia). Semalam kami sempat menulis 5 buah lagu-lagu sambil jamming di Ricecooker Shop. Lagu-lagu ini lebih berirama ’77-punk dan rock’n’roll, termasuk beberapa lagu akustik.
Apa dia Revolusi ’48?
“Pada 20 Jun 1948, beratus-ratus anak muda dari kalangan buruh dan petani telah menubuhkan pasukan-pasukan gerila di seluruh Malaya dengan matlamat untuk menumbangkan rejim kolonial British yang telah kembali bermaharajalela menindas gerakan kemerdekaan rakyat sepuluh tahun sebelum merdeka. Filem dokumentari ini menceritakan sejarah perjuangan individu-individu yang telah menyertai revolusi nasional untuk membebaskan Malaya dari penjajahan semasa Revolusi ’48.”
Ikuti perkembangan terbaru dokumentari ini di revolusi48.blogspot.com