Alamak! Part II
petikan dari husammusa.com
Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa: Jangan Salahkan Carburetor Dung
Wednesday, 09 July 2008 12:43
KOTA BHARU : Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa meminta supaya semua pihak tidak menyalahkan kumpulan underground Carburetor Dung yang mengadakan persembahan nyanyian pada perhimpunan Protes anjuran parti Pakatan Rakyat kerana kumpulan itu berani membawa mesej kepada kerajaan.
“Saya bukannya pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula senikata lagu (yang dinyanyikan) itu ada mesej tertentu kepada kerajaan, cuma silap budak tu (penyanyi) buka seluar walaupun dalam konsertnya sebelum ini pun dia memang buat begitu, jadi pada malam itu tak baiklah dia buat macam tu,†jelasnya.
Katanya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengadakan bantahan dengan cara keluar di jalanan khuatir pelabur berasa takut dan bimbang berlaku kekecohan dan terus menuduh PR sengaja menimbulkan ketidakstabilan kepada negara.
Beliau berpendapat bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan tidak semestinya dengan berkasar sedangkan pendekatan secara ‘gentle’ boleh dilakukan.
“Pada pandangan saya perbuatan (melondehkan seluar) boleh diperbetulkan, janganlah kita hukum dia sampai tinggal mesej lantang kepada mereka,â€
Katanya, kumpulan tersebut telah membawa mesej yang bersifat kritikal kepada kerajaan dan jika didengar semula lirik lagunya ibarat terkena pada batang hidung mereka (kerajaan) sendiri.
“Kalau golongan muda seperti itu pun sudah boleh sindir kerajaan, ini menunjukkan sudah ada penyertaan dari pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan,†katanya.
Beliau menambah perhimpunan itu adalah bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin suarakan bantahan. Baginya mesej yang cuba disampaikan pada perhimpunan tersebut sudah sampai matlamatnya tidak sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.
Ahad lalu, vokalis kumpulan Carburetor Dung telah melakukan perbuatan tidak sopan dengan melondehkan seluar ketika mengadakan konsert pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Selangor. Lagu yang dinyanyikan ketika itu Mari Nyanyi Menjilat.
end.
guys, relax ar. keep it up. laen kali buat lagi klu nak kena belasah.haha.
btw, korang dah famous skrg.congrats!
aku rasa korg berada kt tempat yg salah pada waktu yg salah. aku setuju ngn mr belimbing. rasanye janggal kalau band punk wat prsembahan kt depan crowd cm tuh. kesian. tapi crowd kt kelana jaya hari tuh lagi brutal agaknya dari crowd yg biasa ada dlm gig2 korg. haha
Kalau PR menang election federal hari itu, tentu ada ratusan lagi Carburetor Dung muncul di Malaysia. Mungkin sampai boleh muncul live di kaca tv. Sambil ditonton oleh tok-tok bilal dan pak serban.
sokong KERINTING 100%. tQ
Congrats to carburetor, lu org suda jadi famous, lagi famous dari
enstranged yang
menang juara lagu tuh…wahwahwah..even, atok-atok n segala nenek kat m’sia ni tak kenal enstranged tu tapi da kenal carburetor dung!! cayalah alak! ko suda menjual CD..hahaHAHA!
Bagi aku….
Carburetor Dung is Dead!
Wah, lu kenal ramai otai underground Keriting? RESPECT.
Setahu aku budak2 kecik je ckp mcm ni. Hahaha
budak tu memang patut kena belasah. kalau dah buat persembahan cara KURANG AJAR! Wat do u expect? Korang harap audiens bagi tepukan gemuruh dan pakat jilat bontot siAlak bodoh tu?
Wa kenal ramai otai underground ramai yg kutuk cara korang yg jenis tak berfikir.
teruk laa korang ni. macam jenis tak belajar tinggi jer. kalau yg mana ada sijil tu…buat jer dlm tong sampah. sebab bertindak cara jahiliyah.
buat kena gelak dengan penyokong BN aje.
Standard laa.. kena pukul! diorang semua tu coward pussy! ramai lawan satu boleh ckp la!
so for the next time..be good ohkay!! 🙂
by the way mr belimbing “seorang tunjuk punggung vs belasah beramai-ramai” = not fair man, unless one by one baru fair hahaha
violence is not an act of “freedom of expression” dude..it ain’t funny watching someone got hurt, that’s kinda barbaric..takkan sebab hati tersinggung nak belasah orang sampai tertinggung..next time just give mr. Alak a big spank in the ass dah laa
Peace,
Korang ni aku rasa tak sesuai la kalau nak diajak buat persembahan di tempat yg pelbagai usia, agama, dan latar belakang.
Mungkin korang hanya sesuai buat persembahan dalam linkungan korang je.
Korang kena faham x semua orang boleh terima cara penyampaian korang di atas pentas yg aksi tunjuk punggung.
Kalau kes liwat Anwar x wujud pun, mesti ada sesetgh penonton yang rasa tak puas hati dan tak boleh terima aksi sebegitu. Korang kena tgk jenis penonton yg hadir – usia diaorg, pegangan dan prinsip diaorg, samada dtg dgn keluarga ke apa, etc.
Cuba korang fikir kalau yg datang dgn anak yg sekolah tadika sekali dgn isteri pakai jubah, dan dia sendiri pakai serban – ko igt diaorg bleh terima ke aksi mcm tu. Mungkin lirik diaorg boleh terima tp tunjuk punggung?
Alak pun satu, mcm xde akal fikiran.
Ada pengunjung laman ni yg bagi komen bahawa tak patut orang yg baling botol atau belasah Alak mcm tu. Tp, nak buat mcm mana, dah Alak ‘provoke’ diaorg. Kalau dikatakan membuat persembahan mcm Alak hari tu sbgi freedom of expression, jd tidak ke yg nak belasah Alak tu juga mengamalkan freedom of expression.
Diaorg dah express diaorg punya perasan le tu, jd fair la kan? Hahaha
ps. Know thy crowd!
Thank you Dato’ Husam Musa for having an open mind to young people who have something to say too…
HANTURAYA PUTRAJAYA
intro
Suara mu yang lantang melawan, siapa punya?!
Rumah mu yang mewah menawan, siapa punya?!
Hidup mu yang kenyang senang lenang, siapa punya?!
Kebebasan mu yang ada, siapa punya?!
Cuba-cuba menaikkan suara
aku heret, aku ikat, aku tangkap, aku sumbat!
Cuba-cuba menaikkan kepala
aku ketuk, aku lepuk, aku luku, aku cantas!
Cuba-cuba mencelikkan matamu
aku cucuk, aku sembur, aku genyeh, aku jolok!
Jangan lupa, jangan alpa!
Aku yang berkuasa!
intro
Cuba-cuba menaikkan suara
aku heret, aku ikat, aku tangkap, aku sumbat!
Cuba-cuba menaikkan kepala
aku ketuk, aku lepuk, aku luku, aku cantas!
Cuba-cuba mencelikkan mata
aku cucuk, aku sembur, aku genyeh, aku jolok!
Ingatlah wahai, manusia!
Aku yang berkuasa!
Carburetor Dung – Dec 2003